Unsur Haram Dalam Perniagaan Semasa(NEW – 31 July 06)

Unsur Haram Dalam Perniagaan Semasa

( Artikel ini di telah di terbitkan oleh METRO AHAD tarikh 30 Julai 2006 )( Semua kandungan adalah pandangan peribadi penulis dan tidak ada sebarang kaitan dengan dasar dan pandangan RHB Islamic Bank Berhad)Oleh : Ust Zaharuddin Abd Rahman  Minggu ini, kita tinggalkan sebentar isu-isu perbankan Islam dan kita melihat pula unsur haram yang berlaku dalam perihal kewangan dalam pelbagai bentuk lain. Bagimanapun, inshaAllah di dalam keluaran yang akan datang saya akan cuba menghuraikan beberapa lagi kekeliruan orang ramai tentang perbankan Islam.  Bagi mereka yang terlepas siri-siri minggu sebelumnya bolehlah membuka http://www.zaharuddin.com Elemen-elemen haram ini akan didedahkan secara ringkas, ia boleh dilihat dalam hal berikut :-1)    Menjual barang ribawi seperti emas, perak dan pertukaran matawang dibuat secara bertangguh, samada tangguh dalam pembayaran atau penghantaran. 2)    Menjual aset, khidmat dan manfaat yang diharamkan oleh Islam. Ini terdiri daripada item berikut :-a-      Menjual arak dan peralatan yang digunakan untuk penjualan arak sepeti membekalkan botol untuk kedai arak, dadah, perjudian dan menawarkan khidmat perjudian, pelacuran dan yang seiring dengannya seperti khidmat urut berlainan jantina, video lucah, patung  berhala, patung-patung berjisim mewakili sesuatu yang bernyawa untuk dimuliakan, patung-patung musuh Islam. b-      Menjual senjata kepada musuh Islam.c-      Menjual rokok.d-      Khidmat insuran konvensionale-      Khidmat perbankan konvensional yang pastinya mengandungi Riba.f-        Khidmat guaman untuk transaksi Riba. Para peguam dan firma guaman muslim hari ini harus bahawa mereka perlu berhati-hati dengan dokumen undang-undang yang berkait dengan Riba. Nabi Muhammad SAW telah menyatakan dengan amat jelas dalam hadithnya : “ Dilaknati pemakan riba, penulis riba dan yang menjadi saksinya” (Riwayat al-Bukhari dan Ibn Majah) ; Termasuk juga mereka yang dilaknati adalah mereka yang menjadi penjamin bagi setiap pinjaman riba ( yang termasuk dari kalangan saksi riba).g-      Menjual dan melaburkan barang curi atau wang curi. 3)    Monopoli komoditi tertentu dan menjual dengan harga terlampau tinggi.4)    Menipu tentang kualiti produk yang dijual.5)    Mengurangkan timbangan dan sukatan dan banyak lagi. 

PENIPUAN DALAM PENDAPATAN HARTA

Selain pengharaman pemerolehan harta dengan menjual barang terlarang oleh Islam. Ia juga berlaku bagi individu yang bekerja “makan gaji”, ia berlaku dalam bentuk berikut :- 1)       Menggunakan peralatan syarikat untuk tujuan peribadi. Seperti kertas, pen, kertas, faks, fotostat, menelefon anak di rumah, rakan-rakan dan lain-lain, yang mana tiada hubungan dengan kerjanya. Maka penggunaan tidak sah ini mestilah dibayar oleh pekerja samada secara langsung atau tidak langsung.2)       Menipu syarikat ketika membuat tuntutan wang yang digunakan; seperti tuntutan kos minyak petrol, pembelian alatan untuk syarikat di luar dan lain-lain.3)       Mengambil rehat tidak sah ketika waktu bekerja;  Ia akan menyebabkan pendapatan gaji seseorang tidak sepenuhnya miliknya. 4)       Membuat tuntutan kerja lebih masa dengan perancangan; ia pada asalnya adalah harus, tetapi menjadi haram apabila pekerja sengaja melambatkan kerjanya pada waktu biasa, dengan niat untuk melakukan kerja ’over time’. Ia juga adalah salah satu bentuk penipuan. 5)       Rasuah dan Hadiah Khas buat pegawai ;       Perlu diketahui, disana terdapat asas yang mengharamkan rasuah dan jenis-jenisnya. Antara jenis rasuah adalah ‘pemberian ganjaran’ sama ada atas nama ‘hadiah’, ‘upah tambahan’ dan sebagainya kepada orang yang mempunyai kuasa atau penjawat jawatan tertentu dengan tujuan bagi membolehkannya menjatuhkan hukuman (jika hakim) seperti yang dikehendakinya, atau menyelesaikan sesuatu kerja atau mendapatkan sesuatu kontrak atau melambatkan sesuatu tugas yang sepatutnya boleh disiapkan. Tujuan tegahan ini di dalam Islam adalah kerana ia jalan kepada berlaku rasuah yang terang, kerana hati akan diasak untuk meraih faedah harta yang lebih besar dari itu. (Naylul Awtar, As-Syawkani, 8/622, cet Dar al-Khayr; Al-Halal wal Haram Fil Islam, Al-Qaradawi, hlm 298 , cet Al-Maktab Al-Islami -dengan tambahan )  Dalil-dalil yang perlu di sematkan dengan kemas di minda dan hati semua penjawat jawatan yang boleh memberi “sesuatu” kepada orang ramai adalah seperti berikut :- a)                           Nabi bersabda : “ Barangsiapa yang telah kami ambil untuk melakukan sesuatu kerja, dan telah ditetapkan baginya sesuatu rezeki  (gaji atau upah), maka apa yang diambilnya selepas itu ( dalam bentuk rasuah) adalah ghulul (pengkhianatan) ” ( Riwayat Abu Daud, no 2943, Albani : Hadith Sohih ; Ma’alim as-Sunan, Al-Khattabi, 3/8 cet Dar Kutub Ilmiah )b)                           Nabi bersabda kepada seorang gabenornya yang telah ditugaskan mengutip zakat kabilah Azad, maka apabila ia selesai kerjanya dan kembali berjumpa Nabi, lalu ia menyimpan sebahagian dari wang yang dikutip sambil berkata : “ini untukmu ( bahagian untuk Islam) dan ini untukku yang diberikan sebagai hadiah (oleh orang ramai), maka jatuh murka Baginda sambil bersabda :“ Ketahuilah, pergilah kamu duduk di rumah bapamu atau ibumu, sehingga datang kepadamu hadiahmu, jika kamu benar-benar betul (layak mendapat hadiah)” ( Al-Bukhari & Muslim)  Sebagai ringkasan, wang hadiah kepada pegawai boleh dikira sebagai pengkhianatan (tidak halal) dalam keadaan berikut :- 1)             Diberikan kepada hakim, bagi memastikan kemenangan dalam kes mahkamah yang melibatkan si pemberi, yang ia sepatutnya bersalah atau kalah. Samada dibuat untuk menyelamatkan diri atau menyalahkan seseorang yang tidak bersalah.2)             Diberikan kepada pegawai berkuasa bagi melepaskan diri dalam hal ketika di dapati bersalah. Seperti saman polis dan sebagainya.3)             Diberikan kepada pegawai berkuasa (samada diletakkan atas nama komisyen atau hadiah) bagi mendapatkan tender kontrak untuknya. Haram ke atas si pemberi dan si penerima.4)             Upah khas yang diberikan kepada pegawai berkuasa untuk mempercepatkan urusannya dan menangguhkan urusan orang lain yang sepatutnya mendapat giliran lebih awal. 5)             Menggunakan kuasanya (yang diberikan oleh syarikat) untuk memberikan sesuatu kontrak/tender kepada orang tertentu dengan syarat “upah khas” atau dinamakan “komisyen” diberikan kepadanya oleh pembida.  Bagaimanapun Imam As-Syawkani dan Dr. Syeikh Yusof Al-Qaradawi mengatakan, terdapat beberapa pengecualian seperti “Barangsiapa yang kehilangan haknya, namun tidak mungkin mendapatkannya kembali kecuali dengan jalan menyogok, atau akan berlaku kezaliman ke atasnya kecuali terpaksa memberi suapan wang, walaupun demikian, adalah lebih utama untuknya bersabar, jika tiada pilihan kecuali dengan menyogok wang, ketika itu yang berdosa adalah penerima sogokkan sahaja” ( hadith Riwayat Abu Ya’la dan Ahmad sila rujuk Naylul Awtar, 8/622 ; Al-Halal Wal Haram Fil Islam, hlm 301).

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: