Proses Pengesahan ?Halal? Di Perbankan Islam (11 Julai 06)

Proses Pengesahan ‘Halal’ Di Perbankan Islam Oleh : Zaharuddin Abd  Rahman

( artikel ini telah diterbitkan di METRO AHAD bertarikh 9 Julai 2006)

Minggu lepas kita telah didedahkan dengan beberapa perbezaan utama di antara Perbankan Islam dan konvensional.  Bagaimanapun saya pasti masih ramai yang kurang memahami perbezaannya disebabkan telah terlalu biasa dengan perbankan konvensional sejak berpuluh-puluh tahun lamanya. Ini menyebabkan ramai yang masih cuba menyamakan perbankan Islam dan memperbandingkan kedua-dua jenis perbankan dengan perbandingan yang tidak tepat sama sekali.

Saya masih ingat tiga hari lepas, ketika saya memberikan satu ceramah berkaitan Perbankan Islam, salah seorang peserta mengutarakan satu soalan kepada saya, beliau meminta penjelasan akan mengapakah produk pembiayaan di Perbankan Islam lebih mahal dari konvensional?, sedangkan perbankan Islam sepatutnya lebih bersifat membantu dan bukan ‘menindas’ kata si penanya.  Sebagai respon awal, saya bertanya kembali “cuba saudara berikan contoh yang specific dan fakta tentang soalan itu, produk apakah yang saudara maksudkan?” saya bertanya. Malangnya, jawapannya hanyalah, “kami dengar begitu dan ramai yang mengatakannya, kerana itu ingin minta ustaz jelaskan”. Saya tidak hairan kerana saya telah temui ramai individu seperti ini.  Saya tidak ingin menjawab dahulu soalan ini kerana saya akan menjawabkan di dalam siri yang akan datang. Bagaimanapun saya membawakan contoh di atas bagi menunjukkan masih amat ramai yang ‘menuduh’ secara rambang dan ramai juga asyik terikat dengan perbandingan perbankan Islam dengan konvensional dari pelbagai sudut, yang paling utama bagi mereka adalah :- a)      Kadar yang dikenakan oleh Bank ( hinggakan saya melihat, adakalanya seolah-olah kadar ini lebih penting dari persoalan halal haram), b)      Proses kelulusan yang dikatakan lambat dan sukar, c)      Proses pemeterian kontrak yang teramat banyak dan kompleks dan lain-lain. Akhirnya kebanyakan mereka merungut dan mengkritik perbankan Islam dengan begitu emosi sekali, tanpa mengetahui mengapa perbankan Islam membuat itu dan ini dengan jelas. Nabi Muhammad SAW pernah bersabda ertinya : “Cukuplah membuktikan seseorang itu berbohong apabila ia menyebarkan semua yang didengarinya (tanpa faham,fakta dan bukti)” (Riwayat Muslim : no 1547 ; Riyadhus Solihin)   Sebagai maklumat kepada pembaca, proses perbankan Islam bergantung kepada pelbagai tahap (stages) berbanding konvensional yang hanya melihat kepada kemampuan peminjam untuk membayar hutangnya. Perbankan Islam melihat lebih jauh dari itu, kerana ia melibatkan proses jual beli, maka pihak bank perlu membeli terlebih dahulu aset yang di ingini. Dalam Islam aset yang ingin dibeli mestilah mempunyai syarat-syaratnya, cara membelinya juga mestilah di semak. Sebelum menjualkannya kepada  pelanggan, semua aset-aset tadi mestilah berada di bawah tanggungan Bank-bank Islam dari sudut (liability) dan risiko terhadap aset. Ini kemungkinan boleh menyebabkan proses sedikit panjang berbanding biasa. Selain itu, Bank mesti memastikan bahawa setiap aset yang terlibat, struktur perniagaan, kontrak , hasil atau keluaran perniagaan  di buat selaras kehendak Shariah Pelbagai hal lain juga perlu di semak dan diteliti oleh Bank Islam, sebagai contoh; jika kontrak ‘musyarakah’ (perkongsian) digunakan, antara perkara yang mesti di semak adalah perniagaan yang di jalankan oleh pelanggan dari sudut ‘vialibility’ atau potensinya kerana bank akan menjadi rakan kongsi (partner), justeru bank di anggap melabur dan akan berkongsi untung dan risiko dengan pelanggannya dalam menjalankan sesuatu perniagaan itu. Ia juga memerlukan pengesahan Shariah dalam bentuk musyarakah yang ingin dilakukan dan hasil perniagaan, iaitu samada halal dan membawa kebaikan kepada masyarakat atau mudarat. Lantaran itu, semua ini mungkin memerlukan proses yang lebih dalam berbanding konvensional.  Bagi maklumat pembaca juga, menurut pengalaman dan pengetahuan saya, antara proses biasa yang dijalankan atau mesti dijalankan dalam Bank-bank Islam dan Bahagian Islam ‘Islamic Window’ (di dalam bank konvensional terdapat Islamic window yang menawarkan produk Islam) bagi memastikan sesuatu produk dan operasinya berjalan mengikut kehendak Shariah, perkara berikut sepatutnya dilakukan :-1)       Pegawai Shariah dalaman (yang sepatutnya mempunyai latar belakang kepakaran Shariah secara rasmi) akan melakukan semakan awal konsep Shariah yang digunakan dalam sesuatu produk. Ia akan menyemak samada rukun dan syarat sesuatu konsep dijaga dalam produk yang ingin di tawarkan. Selain itu, memastikan “process flow” adalah sah menurut Shariah. Semua standard kontrak juga perlu disemak dengan terperinci oleh pegawai Shariah dalaman, kadangkala ia memerlukan perbincangan dengan para peguam bagi memastikan sebarang keperluan pindaan Shariah boleh “fit” atau menepati peruntukan undang-undang Malaysia. Jika tidak, penyelesaian akan dicari bagi memenuhi kehendak Shariah dan Undang-undang Malaysia. Jelasnya, ia bukanlah sebuah kerja yang mudah. Justeru, kekuatan, kepekaan dan kelayakan Shariah pegawai Shariah dalaman juga akan menentukan kebersihan pelaksanaan sesebuah Bank Islam.2)       Hasil semakan dan nasihat pegawai Shariah dalaman bersama pegawai Bank yang lain, kemudiannya akan dibawa ke perbincangan rasmi dengan Majlis Penasihat Shariah Bank (luaran). Pembentangan yang komprehensif tanpa sebarang selindung perlu dilakukan. Isi kandungan Kontrak, borang, “process flow” transaksi dan lain-lain akan dibincangkan dengan lebih teliti. Proses ini memerlukan ketelusan pegawai Bank dalam mendedahkan semua proses kepada Penasihat Shariah. Justeru, pegawai Shariah dalaman mestilah memahami dan menentukan semua pembentangan adalah telus tanpa selindung atau merekalah yang bakal menanggungnya di akhirat. Kebiasaanya, penasihat Shariah luaran sesebuah Bank akan bergantung penuh kepada maklumat yang diberikan oleh pegawai bank, sebarang kesilapan maklumat atau ketidakfahaman penasihat Shariah terhadap maklumat yang diberikan pasti menghasilkan fatwa yang silap juga.3)       Jika ia sebuah produk baru yang belum di masukkan di dalam senarai Produk lulus di Majlis Penasihat Shariah Kebangsaan Bank Negara Malaysia, Ia perlu di bawa ke Bank Negara terlebih dahulu untuk kelulusan Majlis Penasihat Shariah Kebangsaan pula. Di sini, sekali lagi proses pemantau Shariah akan dibuat. 4)       Setelah diluluskan, suatu program latihan “training” dan penerangan tentang konsep dan pelaksanaan produk ini akan dibuat untuk para pegawai perbankan Islam yang akan terlibat dalam pemasaran dan pelanggan secara langsung. Proses ini nampak mudah, tapi ia adalah sukar kerana kebanyakan pegawai di bank-bank Islam, dahulunya bekerja di Bank Konvensional juga serta kurang pengetahuan tentang konsep-konsep Shariah. Kerana itulah tidak hairan jika terdapat rungutan orang awam yang mengatakan Bank Islam tidak Islam, ia adalah kerana pegawai yang bertemu dengan pelanggan tidak faham konsep produk yang ditawarkan lalu membuat penerangan yang salah. Padahal semua produk, kontrak dan transaksinya telah di semak dan diluluskan oleh penasihat Shariah. Itulah secara ringkas, proses pemastian sesebuah produk pembiayaan menepati Shariah atau tidak. Adapun dalam hal pelaburan wang simpanan dan wang pelaburan pelanggan menurut konsep “Mudarabah”. MUdarabah boleh dilakukan dalam dua bentuk : – 1) Bank melabur ke syarikat luar sebagai ‘Rabbul Mal’ iaitu pelabur. 2) Bank menggunakan wang laburan pelanggan untuk kegunaan projek-projek yang dilaksanakan dengan nisbah untung yang telah di tetapkan dari awal kontrak.  Dalam kedua-dua bentuk di atas, pihak bank dan Shariah akan melakukan tapisan syarikat yang ingin di labor akan dibuat secara terperinci, dan perlaksanaannya dibuat dalam suasana “client-friendly”, iaitu dengan perbincangan yang cukup telus atau “transparent” dengan “client”. Sebelum melabur dalam sesuatu syaraikat atau membiayai projek sesuatu syariakt menggunakan wang pelaburan pelanggan, pihak Bank akan membuat penilaian dari sudut “aset” mahupun “lialibilities” sesebuah syarikat, tanpa mengira ianya adalah sebuah syarikat yang tersenarai di Bursa Saham atau tidak. Secara umum penapisan “filter” Shariah berikut  biasanya digunakan antaranya :-a)  Industry filtering (membuang syarikat-syarikat yang perniagaan induknya berkaitan produk-produk haram)b)  Primary Financial Filters (mengeluarkan syarikat-syarikat yang tahap hutangnya tidak boleh ditoleransi lagi atau mempunyai “impure interest income” berdasarkan panduan Majlis Penasihat Shariah ) ( Rujuk : Dow Jones – RHB Islamic Index Fund) Demikianlah, serba ringkas maklumat yang ingin dikongsi bersama pembaca. Diharap agar ianya dapat tergambar bagaimana proses “HALAL” di sesebuah Bank Islam di lakukan. InshaAllah, isu kadar pembiayaan Perbankan Islam lebih tinggi akan di sebut di dalam siri akan datang.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: