Umat Islam Perlu Menyedari Perihal Dosa Dalam Harta (23 May ’06)

Umat Islam Perlu Menyedari Perihal Dosa Dalam Harta (23 May ’06)    

 

Umat Islam Perlu Menyedari Perihal Dosa Dalam Harta ( Artikel ini diterbitkan di Harian Metro Ahad 14 Mei 2006)

Oleh

Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman

B.A (Hons) UM, M.A(Hons) Al-Yarmouk, Jordan

Pengurus Kanan, Jabatan Pengawasan Shariah

RHB Islamic Bank Berhad, Malaysia

Bersyukur saya apabila kelihatan semakin ramai muslim di negara ini yang mula memberikan perhatian tinggi dalam memastikan tanda halal wujud pada setiap barangan makanan yang ingin dibelinya. Saya baru sahaj mendapat sebuah buku kecil bertajuk  “Panduan Persatuan Pengguna Pulau Pinang: Halal Haram” yang memfokuskan kepada elemen haram yang terdapat di dalam barangan keperluan orang ramai seperti makanan dan alatan-alatan komestik dan lain-lain. Malah

 

Bagaimanapun, saya masih merasa kurang puas hati kerana kesedaran masyarakat terhadap hala haram di dalam urusan kewangan dan perbankan masih di tahap yang amat lemah. Hampir setiupa hari apabila saya turun berjumpa masyarakat di dalam kuliah-kuliah yang pelbagai, semakin ternyata fakta yang di sebut tadi.

Dalam Islam, kesedaran dengan membeli barangan yang bertanda halal sahaja, adalah sangat tidak mencukupi selagi mana barangan halal itu dibeli dengan duit yang haram, samada hasil riba, pelbuaran yang tidak halal atau harta curi, rasuah dan pecah amanah serta lain-lain.

Justeru, di kesempatan ruang ini, saya akan cuba secara bersiri untuk mendedahkan kepada masyarakat secara berkala berkenaan kewajiban umat Islam bagi memantau pemerolehan harta mereka, di samping mengkaji halalnya barangan yang dibeli.

Sebelum menghurai lebih panjang, perlu diketahui bahawa Allah SWT mengizinkan bagi umat manusia untuk menikmati apa yang baik di dunia Islam ini. Ia berdasarkan firman Allah SWT :

Ertinya : Dialah Yang menjadikan bumi itu mudah bagi kamu, maka berjalanlah di segala penjurunya dan makanlah sebahagian dari rezki-Nya. Dan hanya kepada-Nya-lah kamu (kembali setelah) dibangkitkan. ( Al-Mulk : 15 )

 

Oleh kerana itu, menjadi suatu keperluan dan kewajiban bagi umat Islam untuk menghayati, menyedari dan merasai bahawa setiap kali umat Islam berniaga, bertani dan berusaha keras secara halal di dalam kerjaya mereka, sesungguhnya setiap kali itulah mereka sedang melaksanakan ayat Allah SWT yang disebut di atas tadi, sekaligus menambah amalan soleh mereka lalu dengannya mampu menghampirkan diri kepada Allah SWT. (Rujuk Dawr Al-Qiyam wal Akhlak fil Iqtisod al-Islami, Dr Yusof Al-Qaradawi, Maktabah Wahbah, cet 2, 2001, hlm 29 )

Kefahaman yang menghadkan ibadat kepada zikir dan ibadah khusus tertentu bukanlah suatu fakta yang tepat, bahkan jika diselami erti ayat di atas ia membuktikan bahawa berusaha dan memeriahkan dunia dengan kerjaya dan bisnes yang bermanfaat adalah sebahagian dari ibadat selagi mana menuruti syarat-syarat kerjaya yang di tetapkan Allah dan RasulNya. (Al-Ibadah Fil Islam, Dr Yusof Al-Qaradawi)

Walaupun demikian, Islam telah meletakkan had dan prinsip yang amat jelas lagi terang dalam setiap urusan pemerolehan harta agar prosesnya tidak menzalimi pihak yang lain, samada dalam keadaan sedar atau tidak sedar.

Justeru, tujuan penulisan bersiri ini adalah suatu usaha untuk mengupas dan menjelaskan serba sederhana berkenaan beberapa prinisp Islam dalam urusan kewangan yang berhubung kait dengan realiti masyarakat dunia hari.

Prinsip dan persoalan yang akan  diulas adalah :-

  1. Riba Dan Hukumannya.
  2. Riba Dalam Bentuk Semasa Di Perbankan Konvensional
  3. Pengenalan Perbankan Islam Di Malaysia
  4. Perbezaan Utama Bank Islam Dan Bank Konvensional
  5. Memahami Proses Perbankan Islam
  6. Kutukan & Kritikan Terhadap Pengamalan Perbankan Islam : Suatu Jawapan
  7. Benarkah Kadar Pembiayaan Bank Islam Kurang Berdaya Saing ?
  8. Unsur Haram Dalam Jual Beli Semasa.
  9. Penipuan & Pengkhianatan Dalam Pendapatan Harta
  10. Fenomena Hutang Di Kalangan Masyarakat.

RIBA DAN HUKUMANNYA

Pertamanya, saya ingin mengingatkan bahawa saya tidak ingin untuk terlampau panjang dalam menghuraikan asal-usul Riba dan perbezaan takrifan ulama Islam tentangnya. Pada hemat saya, adalah lebih elok bagi saya untuk menumpukan keapda intipati perbincangan pengenalan riba sahaja.

 

Takrif RIBA

Riba yang paling lengkap (Jami’ dan Mani’) menurut kajian saya adalah takrifan berikut :

Ertinya : “Sebarang tambahan dalam item-item tertentu (Ribawi) dan tambahan di atas hutang akibat tempoh” 1 (Ar-Riba wal Mu’amalat ar-Ribawiyyah, Dr Umar Abd Aziz Al-Matrak, Dar Al-‘Asimah, cet 3, Riyadh, 1418 H, hlm 43)

Ia merangkumi riba yang terhasil dari jual beli barangan ribawi dan juga merangkumi riba yang terhasil dari hutang. Antara hadith utama yang menjadi panduan asas berkenaan Riba dan barangannya adalah :-

Ertinya : Emas dengan Emas ( ditukar atau diniagakan) , perak dengan perak, gandum dengan gandum, tamar dengan tamar, garam dengan garam mestilah sama timbangan dan sukatannya, dan ditukar secara terus ( pada satu masa) dan sekiranya berlainan jenis, maka berjual-belilah kamu sebagaimana yang disukai”  ( Riwayat Muslim no 4039 no hadith , 11/9 ) 2

 

 

Jenis Riba

Ulama mazhab Hanafi, Maliki dan Hanbali membahagikan Riba kepada 2 jenis : iaitu Riba Fadhl dan Riba An-Nasi’ah . Manakala Mazhab Syafie membahagikan Riba kepada tiga jenis : a) Riba al-Fadhl 2) Riba An-Nasiah 3) Riba Al-Yad.

Bagaimanapun, pembahagian yang lebih tepat dan menyeluruh adalah seperti berikut ( Rujuk Mu’amalat Al-Bunuk Min Manzur Islami, Dr. Abd Fatah Idris, hlm 6 ; Mu’jam al-Mustalahat al-Iqtisodiyyah, Dr Nazzih Hammad, hlm hlm 140 ; Tahrim ar-Riba wa Tanzim Iqtisodiy, Syeikh Muhammad Abu Zahrah, hlm 35 ) 3 :-

  1. Riba Ad-Duyun ( Muncul dari Hutang)   : Iaitu kadar lebihan faedah (Riba) yang terhasil disebabkan tempoh. Ia pula terbahagi kepada dua (2) jenis, iaitu :-
    1. Riba al-Qardh : Iaitu kadar atau sebarang manfaat tambahan yang lebih dari jumlah pinjaman pokok yangmana ianya telah disyaratkan di awal kontrak pinjaman (loan contract), dikenakan oleh pemberi pinjam kepada peminjam.
    2. Riba al-Jahiliyyah : Iaitu kadar atau sebranag manfaat tambahan lebih dari jumlah pinjaman pokok yang dikenakan akibat si peminjam gagal membayar jumlah pinjaman yang ditetapkan pada tempoh yang telah dipersetujui. Akibatnya si pemberi pinjam akan mengenakan kadar denda ke atas si peminjam kerana minta tangguh pembyaran hutang atau gagal membayar hutang dalam waktu yang ditetapkan.

 

-Bersambung-

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: