Tahap Tiga
a. Anda kini sedang di pertengahan ceramah. Pastikan anda melihat respond pendengar semasa mendengar ceramah anda.
b. Cari pendengar yang kelihatan berminat dan memberikan respond baik semasa mendengar ceramah anda. Kerana dia boleh menaikkan semangat anda untuk meneruskan ceramah dengan baik.
c. Jika terdapat pendengar yang tidur. Anda boleh melakuakn perkara berikut :-
d. – Ajukan soalan kepada orang sebelah si tidur (ini jika majlis kurng rasmi)
• – Naikkan suara dan nadanya dengan semangat.
• – Ubah intonasi ceramah kepada cakap pasar.
e. Dari masa ke semasa, bayangkan anda juga seorang pendengar ceramah anda. Lalu cuba sedaya upaya hayati cermaha anda. Jika masih gagal, berhenti sekitar 3 saat dari bercakap, mulakan degnan nada lain dan cuba menikam hati pendengar dengan ajuan soalan yang tidak perlu dijawab.
f. Timbulkan ‘rasa’ dalam diri pendengar dengan bantuan intonasi dan memek wajah.
g. Pastikan anda lancar dalam majoriti dalil yang anda sebutkan. Jika anda lupa, ajukan kepada pendegar untuk menyambungnya. Jangan malu menyatakan anda lupa sepenuhnya.
h. Anda boleh selitkan antara isi-isi yang berat dan jenaka ringan, samada secara spontan ataupun terancang. Boleh juga cerita-cerita peribadi (yang berkaitan) samada betul-betul berlaku mahupun hanya rekaan semata.
i. Amat baik jika anda mempunyai dalil-dalil qawl dari para sahabat atau tabi’en untuk mempelabagaikan ramuan rencah dalil-dalil selain al-Quran dan Al-hadith.
j. Juga amat baik jika anda mampu menghafal kisah-kisah ringkas silam yang boleh menarik minat.
|
Leave a Reply