Harakah Islamiyyah Dalam Bidang Pentarbiyahan dan Latihan Pembentukan Pejuang

Harakah Islamiyyah Dalam Bidang Pentarbiyahan dan Latihan Pembentukan Pejuang    

IBADAT DALAM DIRI PEJUANG HARAKAH ISLAMIYYAH

Maksud Ibadah : Tunduk dan patuh yang sepenuhnya kepada Allah SWT , disertai dengan rasa kasih, redha dan yaqin dengannya. [1][1]

IBADAT DALAM DIRI PEJUANG HARAKAH ISLAMIYYAH

Maksud Ibadah : Tunduk dan patuh yang sepenuhnya kepada Allah SWT , disertai dengan rasa kasih, redha dan yaqin dengannya. [1][1]

Ciri dan Rukun penerimaan Ibadah

1)

  • Ikhlas kerana Allah SWT . Firman Allah SWT : Al-Bayyinah : 5

  • Ia adalah tali hubungan di antara khaliq dan makhluq. Dalil : Al-Baqarah : 186

  • Mesti bertepatan dengan apa yang di ajar perintah oleh Allah SWT dan praktikal oleh Rasulullah SAW. Ibadah termasuk dalam hal ‘Tawqifiah’ Iaitu sesuatu perkara yang diterima secara spesifik oleh Allah dan RasulNya, maka ruang berijtihad dalam hal bentuk ibadah adalah sangat terhad dan hampir-hampir tiada.

Hal ini pernah diisyaratkan oleh Imam Fudhail bin Iyadh ketika ditanya tentang tafsiran ayat : ليبلوكم أيكم أحسن عملا

Ertinya : “….Untuk menguji kamu siapakah yang terbaik amalannya di antara kamu ..”(Al-Mulk : 2) Maka beliau menjawab : ما أخلصه وأصوبه Ertinya : “ amalan yang terbaik itu adalah yang paling ikhlas dan paling tepat”Kemudian beliau menerangkan pula maksud katanya tadi seperti berikut : “Sesuatu yang paling ikhlas adalah ; iaitu sesuatu yang dilakukan kerana Allah; manakala yang paling tepat ; yang menepati sunnah “ [2][2]·

·

Nabi SAW melarang mereka cipta bentuk ibadah tanpa asas dan dalil. Sebagaimana Sabda Nabi : “من أحدث في أمرنا هذا ما ليس منه فهو ردErtinya : Barangsiapa yang mereka cipta dalam hal urusan agama kami (Islam) yang tiada kaitan dari ajaran Islam, MAKA IA ADALAH DITOLAK” [3][3]

Ruang lingkup Ibadah

Para Ulama telah membahagikan mafhum ibadah kepada dua jenis iaitu [4][4] :- 1- Maksud khas ibadah : Ibadah khususiah seperti solat, zakat, zikir, sedeqah dan lain2. 2- Maksud ‘am Ibadah : Seluruh tindakan yang diperbuat oleh Muslim samada perbuatan, percakapan dan perasaan. Maka seluruh tindakan ini yang diniatkan untuk Allah dan mencapai redhaNya, ia dikira sebagai ibadah.

 

Firman Allah : قل إن صلاتي ونسكي ومحياي ومماتي لله رب العالمين Ertinya : Katakan (wahai Muhammad) : Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah tuhan sekalian ‘alam. ( Al-An’am ; 162)Seluruh aspek kehidupan yang dirangkumi oleh hukum, ia boleh menjadi ibadah bila mencukupi dua syarat tadi, dan akan menjadi adat biasa tanpa kedua-duanya. Apakah jenis Ibadah yang dapat merapatkan seseorang dengan Allah?

 

Firman Allah SWT dalam sebuah hadith Qudsi : ما تقرب إلي عبدي بشيء أحب إليّ مما افترضت عليه , وما يزال عبدي يتقرب إليّ بالنوافل حتى أحبه Ertinya : “Tiada suatu amalan yang dapat menghampirkan seorang hambaKu kepadaKu YANG LEBIH KU CINTAI daripada amalan-amalan Fardhu yang telah Ku wajibkan ke atas mereka, dan sentiasalah hambaku cuba menghampirkan dirinya kepadaKu dengan mengerjakan amalan sunat sehinggalah aku mencintainya” [5][5] Kesimpulannya : Ibadah yang paling dapat menghampirkan diri dengan Allah adalah ibadat fardhu yang tuniakan dengan ikhlas. Ia diikuti oleh amalan-malan sunat.Ibadah fardhu pula terbahagi kepada 2 jenis : 1) Fardhu ‘Ain ; iaitu fardhu yang wajib ke atas individu seperti solat, puasa ramadhan, mengajak kepada yang makruf dan mencegah mungkar dll 2 ) Fardhu Kifayah ; yang wajib ke atas satu kumpulan, dan gugur kewajiban setelah terdapat individu dalam kumpulan tadi melaksanakannya. TARBIYYAH IMANIAH ASAS TARBIYAH PEJUANG HARAKI. 1) Peranan Tasauf yang benar.2) Aspek Penting :-Pertama : Ikhlas Niat· Tingkatkan : Ilmu agama. (Tarhib dan targhib)· Ibadat· Solat Tahajjud, Witr , Bacaan Quran, Solat Jemaah (bagi lelaki). Kedua : Muraqabah · Mempertingkat Ar-Rajak ( harap ) dan al-Khawf ( Takut ) terhadap Allah SWT.· Renung dan fikir tentang kehebatan ciptaan alam dan diri.· Ingatan Belas Ihsan Allah terhadap diri.· Kekhsuyu’an semasa melakukan Ibadah fardhu. · Mengingati mati pemutus kelazatan sementara dunia.· Mengambil perhatian dan bijak dalam :-a. Memilih rakan yang memberi manfaat kepada agama dan dunia.b. Menjadi pelopor kepada majlis-majlis ilmu agama serta zikir.c. Mengenalpasti dan mengamalkan zikir-zikir yang ma’thur dari Nabi SAW.d. Mempertepatkan ibadah fardhu dan sunat berdasarkan sunnah Nabi SAW yang shohih.e. Mengetahui tingkatan keutamaan amalan sunat, serta mendahulukan yang paling afdhal dan seterusnya.f. Berlumba-lumba dalam amalan kebaikan. Mengamal ilmu yang dipelajari tanpa bertangguh. g. Melaksanakan yang terbaik dalam semua kerja yang dilakukan. Ketiga : Muhasabah diri · Mengutuk diri di ats kesalahan kecil dan besar yang dilakukan. Insafi timbunan dosa yang telah dilakukan. · Keberanian dalam melaksanakan amal ma’ruf nahi mungkar. · Meninggalkan dan mengurangkan :-a- Gurau senda tanpa tujuan yang dibenarkan syara’b- Gelak ketawa.c- Bersembang dan bercakap kosong.d- Bermain ‘games’e- Hisap rokok.f- Berhutang.g- Bergayut di Chatting dan internet.h- Berhubung di antara muslimin dan muslimat tanpa sebab yang syar’ie.i- Tidur melebihi had. Keempat : Tawakkal · Betulkan kefahaman konsep tawakkal.

LATIHAN PEMBENTUKAN MINDA DAN SIKAP PEJUANG HARAKI

Pertama : Pembentukan Minda dan Aqal Ilmi

1) Aqal dan Minda · Kemampuan Hujjah ; Ta’rif sebenar al-Hikmah dalam ayat surah : an-Nahl : 124 · Ketelitian dan kefahaman · 2) Unsur Pembentukan ‘Ruh Ilmi’ · Kenal kebenaran dengan ilmu bukan dengan individu. · Serahkan bahagian dan jenis ilmu kepada ahli takhassus. · Kemampuan menerima komentar dan mengakui kesilapan. · Cekap menggunakan teknik terkini dalam persembahan. · Membuat kajian dalam semua perkara tanpa ta’assub. · Tidak tergesa-gesa dalam membuat keputusan. · Menghormati pandangan orang lain yang bertentangan.3) Beberapa unsur negatif panghalang pembentukan ilmi. · Pandang remeh benda sukar, dan benda kecil dipandang besar. · Menganalisa secara rambang dan permukaan. · Menyelesai isu besar dengan kaedah orang awam yang tidak berperancangan. · Sentiasa syak dengan sekeliling.

Kedua : Pemikiran Waq’ie

1) Pertimbangan antara cita-cita, azam dan kemampuan semasa.2) Tidak membuang masa dengan isu-isu perdebatan silam. 3) Tidak membuang masa dengan debat tanpa hadaf dan tidak terfokus. * Terdapat isu yang perlu dilenyapkan atau di tenggelamkan.

Ketiga : Pemikiran Salafi

1) Ciri pemikiran Salafi yang tulen2) Kesilapan identiti dan imej ‘salafi’ – debat, isu kecil, tertutup minda, pegang zahir nas.· Cabaran pemkiran salafi mendepani pemikiran sekular, kejahilan awam dll.3) Tidak terhad kepada cakap-cakap, dakwaan tetapi tindakan menentang kezaliman yang disepakati dan bukan perkara furu’.

Keempat : Pemikiran Tajdidi

1) Salafiah dan Tajdid seiring. · Kepentingan menentukan perkara ‘Thawabit’ & ‘Mutaghayyirat’. · Kepentingan Maqasid dan Ruh Tasri’. · Kepenitngan penghayatan ilmu usul fiqh.2) Keperluan pembaharuan kaedah dan cara bertindak.

Kelima : Pemikiran Kesederhanaan

1) Dalam hal keterbukaan dan ketertutupan minda dalam menilai ilmu dari pelbagai pihak.2) Teori hitam dan putih. Tiada kelabu. ( mengkafir, membid’ahkan pihak lain)· Teori satu kesalahan merosak seluruh kebaikan.· Teori pukul rata.3) Keperluan Fiqh at-Taysir dalam dunia semasa.

Keenam : Pemikiran Masa Depan

1) Persiapan diri untuk mendokong dan mengisi kebangkitan Islam.2) Kemenangan buat Islam atau akhir zaman dengan seribu macam fitnah?· Negatif positif dari pemikiran kemenangan terakhir kepada Islam.· Negatif positif dari pemikiran kefasadan fitnah akhir zaman akan pasti berleluasa.3) Dalil nas tentang masa depan. Peringatan : Tulisan ini adalah nota ceramah bagi penulis, justeru ia ditulis dalam bentuk ringkas yang memerlukan kepada huraian, maka sebarang kekaburan dan ketidakpastian mengenai kandungannya, WAJIB di rujuk kepada penulis. ——————————————————————————– [1]. Al-Ubudiyyah, Ibn Taymiah, hlm 44 [2]. Al-Iman wal Haq, Dr Ali Jarishah , hlm 47 [3]. Riwayat Bukhari , 5/221 ; Muslim, no 1718 [4]. Nizom al-Islam, Dr Muhd Uqlah , hlm 39 ; Al-‘Ubudiyyah , Ibn Taymiah, hlm 38; Mabadi’ al-Islam, Al-Mawdudi, hlm 94

[5]. Riwayat Bukhari , 11/292 ; Riyadus Solihin, no 387

 

 


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: